LATAR BELAKANG
NUSA CEMARA RESOURCES merupakan sebuah Syarikat Kontraktor Perkhidmatan meliputi pelbagai bidang yang berdaftar dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Ia merupakan syarikat pemilikan tunggal dan diurus dengan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam bidang berkaitan.
Matlamat syarikat kami adalah untuk memantapkan daya saing didalam semua aspek baik dari segi pengurusan, penyelenggaraan kerja dan masa. Persaingan yang semakin hebat memerlukan perancangan dan strategi pengurusan yang bijak didalam menghadapi tekanan daripada pesaing-pesaing. Didalam mencari kelebihan ini kami memberi keutamaan kepada kehendak pelanggan dan keupayaan kami menyiapkan projek dan kerja-kerja didalam masa yang telah ditetapkan.
NUSA CEMARA RESOURCES telah didaftarkan pada 20HB SEPTEMBER 2023 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan bangunan, pembinaan jalan berturap, kerja pembaikan, pemasangan jubin, kerja-kerja kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, penghawa dingin, kerja paip, lanskap dan lain-lain yang berkaitan.
NUSA CEMARA RESOURCES ditubuhkan bertujuan untuk memajukan lagi industry pembinaan negara disamping menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Walaubagaimanapun baru ditubuhkan, kami mempunyai prinsip yang perlu dipertahankan didalam mewujudkan kelebihan saingan didalam industri pembinaan di Malaysia. Keupayaan mempertahankan kualiti kerja disamping mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing akan mengekalkan keunikan syarikat kami untuk bertahan dalam industri ini.
Mengenai Kami
Tahun Ditubuhkan
Projek Telah Siap
%
Kepuasan Pelanggan
Bidang Berdaftar
MISI
Menjadi syarikat kontraktor yang dipercayai untuk menjadi syarikat yang terus maju dan berwibawa.
VISI
Menjadi sebuah syarikat dalam organisasi pembinaan, penyelenggaraan dan pembekalan yang memberikan perkhidmatan berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF
Menjadi syarikat pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan berdasarkan aplikasi terkini untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan. Menyahut seruan kerajaan meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang pembinaan dan perkhidmatan. Mempraktikkan pengalaman dan perkhidmatan kepakaran yang ada melalui latihan yang berterusan dan mutu kerja yang konsisten.
PENGENALAN
Nusa Cemara Resources ( NCR ) merupakan kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan CIDB GRED G3 & Kementrian Kewangan Malaysia. Kami menjalankan aktiviti-aktiviti dan kerja seperti berikut:
1. Kontraktor Kejuruteraan Awam
2. Kontraktor Kejuruteraan Elektrik
3. Kontraktor Pembekalan &
Pembersihan
4 .Kontraktor Penyelenggaraan
Syarikat menekankan aspek kualiti dan mutu kerja yang efisyen bagi memastikan kehendak pelanggan sentiasa dipenuhi, seterusnya membolehkan syarikat memperolehi projek-projek lain secara berterusan dari masa ke semasa.
MAKLUMAT SYARIKAT
Nama Pendaftar | Nusa Cemara Resources |
No Pendaftaran Syarikat: | 202303237938 ( 003531511-K ) |
Tarikh Pertubuhan: | 20hb September 2023 |
Alamat Surat Menyurat : | Lot 987 Gudang Rasau, |
Batu 6 Jalan Gambang | |
25150, Kuantan, Pahang | |
No Telefon : | 0189770781 |
No Pendaftaran : | CIDB ( G3 ) 0120231206-PH129232 |
MOF K10077000863732207 | |
SSM 202303239738 ( 003531511-K ) | |
Status : | 100% Bumiputera |
Bentuk Perniagaan : | Persendirian |
Modal Berbayar : | RM500.000.00 |
Modal Dibenarkan : | RM500.000.00 |
Bank Utama : | Maybank Berhad, Jln Gambang |
Kuantan, Pahang | |
No Akaun | 556226457745 : NUSA CEMARA RESOURCES |
